Frequently Asked QuestionsSoalan Lazim
Mutually benefitting thousands of businesses and investors that has adapted to P2P Financing.
Overview of P2P Financing Market in Malaysia
67651
Successful Campaigns for Businesses
4.73
Amount Raised from Crowd Investors
8636
Successful Issuers
Up till 5th December 2023, Source: sc.com.my

Cofundr specialises in ‘Insurance Premium And Takaful Contribution financing’ and ‘Working Capital and Invoice Financing’.

Cofundr adalah pakar dalam pembiayaan Premium Insurans, Sumbangan Takaful, Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah.

  • For Working Capital Financing, Cofundr provides issuers with a list of different repayment options which include:

    • ‘Equal Monthly Instalments’ – Issuers shall repay both the principal amount and interest in instalments over the tenure of the Note with an option for early redemption.
    • ‘Bullet Repayment’– Issuers shall repay the full lump sum payment of principal and interest at the end of the tenure.
    • ‘Interest only’ – A repayment type where interest on the Note is paid on a monthly basis whilst the principal is paid at the end of the tenure.
    • ‘Callable’ – Similar to ‘Interest only’ repayment type but comes with an early redemption/callable option.
  • For Invoice Financing, Cofundr provides issuers with "Bullet Repayment" whereby the issuer shall repay the full lump sum payment of principal and interest at the end of tenure. However, for Premium Financing / Takaful Contribution financing, Cofundr only offers an ‘Equal Monthly Instalments’ repayment scheme whereby the Issuers shall repay both the principal and interest instalments over the tenure of the Note with an option for early redemption.

  • Untuk pembiayaan Modal Kerja, Cofundr menawarkan kepada Penerbit pelbagai pilihan pembayaran balik yang berbeza, termasuk:

    • 'Ansuran bulanan yang sama rata' - Penerbit hendaklah membayar balik prinsipal dan faedah secara ansuran sepanjang hayat nota, dan mempunyai pilihan untuk penebusan awal.
    • 'Bullet repayment' - Penerbit hendaklah membayar balik keseluruhan prinsipal dan faedah dalam satu jumlah sekali gus pada tarikh matang.
    • 'Faedah sahaja' - Penerbit hanya bayar balik faedah pada setiap bulan dan prinsipal dibayar pada tarikh matang.
    • 'Boleh Dipanggil' - serupa dengan pembayaran balik 'faedah sahaja', tetapi dengan pilihan bagi Penerbit membuat bayaran sebeleum tarikh matang.
  • Untuk pembiayaan Invois Patuh Syariah, Cofundr menawarkan Penerbit pembayaran tertunda di mana Penerbit membayar balik keseluruhan prinsipal dan keuntungan dalam satu jumlah sekali gus pada akhir tempoh matang.

    Walau bagaimanapun, untuk Pembiayaan Premium/Sumbangan Insurans/Takaful, Cofundr hanya menawarkan pelan pembayaran balik "ansuran bulanan yang sama rata", di mana Penerbit akan membayar balik prinsipal dan faedah/keuntungan secara ansuran dalam tempoh hayat nota, dengan pilihan untuk penebusan awal.

Issuers who wish to request for financing are required to submit:

  • Their company profile;

  • The latest audited accounts and/or management accounts

  • Past 6 months bank statements

  • Consent to Credit Background check

  • Board Resolution;

  • Any other statutory document necessary to facilitate the financing request.

Penerbit yang ingin memohon pembiayaan perlu mengemukakan:

  • Profil syarikat

  • Akaun Terkini Diaudit dan/atau Akaun Pengurusan

  • Penyata bank untuk 6 terakhir

  • Bersetuju dengan semakan latar belakang kredit

  • Resolusi Lembaga

  • Sebarang dokumen berkanun lain yang diperlukan untuk memudahkan permintaan pembiayaan

  • Issuers are required to pay a one-time, non-refundable onboarding fee of RM200.00 upon application for a financing request with Cofundr. This onboarding fee is applicable in order to cover the cost of conducting the relevant credit and background checks on the Issuers respectively.

  • Furthermore, there is also a success fee payable upon successful disbursement of the financing amount to the Issuer or prior to disbursement to the Designated Recipient. To find out more, please refer to the Schedule of Fees and Charges.

  • Penerbit dikehendaki membayar yuran onboarding yang tidak boleh dikembalikan sekali sahaja sebanyak RM200.00 apabila memohon pembiayaan daripada Cofundr. Yuran penyertaan ini digunakan untuk menampung kos menjalankan semakan kredit dan latar belakang yang berkaitan ke atas Penerbit.

  • Di samping itu, yuran kejayaan perlu dibayar apabila berjaya membayar jumlah pembiayaan kepada Penerbit atau sebelum pembayaran jumlah pembiayaan kepada penerima yang dinamakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Yuran dan Caj.

Issuers are able to apply for financing of a minimum sum of RM10,000.00 and there is no maximum financing sum, but all financing amount requested are subject to issuers’ credit risks and its proposed utilisation of the funds.

Penerbit boleh memohon pembiayaan dengan jumlah minimum RM10,000.00, tiada jumlah maksimum pembiayaan, tetapi semua jumlah pembiayaan yang diminta adalah tertakluk kepada risiko kredit Penerbit dan cadangan penggunaan dananya.

  • For Insurance Premium And Takaful Contribution financing, Cofundr will apply its proprietary Financial Ratio Analysis in assessing each Issuer which includes assessing the growth, profitability and working capital of the issuers; coupled with reference to credit reports from Credit Rating Agencies in determining the overall Credit Score and Probability of Default (PD) of the Issuer. Furthermore, Cofundr will also be performing background checks on the stakeholders of the entity (such as performing credit litigation history checks against the company and its directors) as part of the process in assessing the credit risk of the issuers.

  • For Working Capital and Invoice Financing, Cofundr will base its assessment on credit reports obtained from Credit Rating Agencies in determining the overall Credit Score and Probability of Default (PD) of the Issuer. In addition, Cofundr will also base its assessment on the outcome of the background checks on the stakeholders of the entity (such as performing credit litigation history checks against the company and its directors) as part of the process in assessing the credit risk of the issuers.

  • Untuk pembiayaan sumbangan/premium Insurans/Takaful, Cofundr akan menggunakan analisis nisbah kewangan proprietarinya untuk menilai setiap pengeluar/penerbit, termasuk menilai pertumbuhan syarikat Penerbit, keuntungan dan modal kerja; sambil merujuk kepada laporan kredit daripada agensi penarafan kredit untuk menentukan Skor kredit keseluruhan dan kebarangkalian mungkir (PD). Selain itu, Cofundr akan menjalankan semakan latar belakang ke atas pihak berkepentingan (seperti semakan sejarah litigasi kredit ke atas syarikat dan pengarah-pengarahnya) sebagai sebahagian daripada proses menilai risiko kredit penerbit.

  • Bagi pembiayaan Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah, Cofundr akan melaksanakan penilaian berdasarkan laporan kredit yang diperolehi daripada agensi penarafan kredit untuk menentukan skor kredit keseluruhan Penerbit dan Kebarangkalian Mungkir (PD). Selain itu, dalam proses menilai risiko kredit Penerbit, Cofundr juga akan berdasarkan hasil siasatan latar belakang pihak berkepentingan entiti (seperti menjalankan penyiasatan sejarah litigasi kredit ke atas syarikat dan pengarah-pengarahnya).

Yes, it is possible to repay the note early, however an early repayment penalty would be imposed. Please refer to the Schedule of Fees and Charges to find out more. It is also important to note that in order to make an early settlement, the issuer will need to serve an irrevocable notice of 20 days in advance to the investors (via the Platform) on its intention to settle the outstanding note early. To find out more on early settlement, please email us at customerservice@cofundr.com.my for more information.

Ya, nota boleh dibayar balik awal, tetapi akan ada penalti pembayaran balik awal. Sila rujuk Jadual Yuran dan Caj untuk maklumat lanjut. Perlu juga diambil kira bahawa untuk melaksanakan penyelesaian awal, Penerbit dikehendaki memberi pelabur (melalui platform) notis awal 20 hari yang tidak boleh ditarik balik mengenai hasratnya untuk penyelesaian awal bagi nota bayaran tertunda. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian awal, sila e-mel customerservice@cofundr.com.my for more information.

If you desire to apply for multiple financing requests for your respective businesses (or companies) then you are required to create separate accounts for each business. This is because each business (or company) is an entity on its own and as such will require its own due diligence and credit risk assessment.

Jika anda ingin memohon berbilang permintaan pembiayaan untuk perniagaan individu anda (atau syarikat), maka anda perlu membuat akaun berasingan untuk setiap perniagaan. Ini kerana setiap perniagaan (atau syarikat) adalah entiti bebas dan oleh itu perlu mempunyai usaha wajar (“due diligence’) dan penilaian risiko kredit masing-masing.

As long as the purpose of funding is not similar, you are still able to request for financing with Cofundr. However, approval for such financing will be on a case-by-case basis.

Selagi tujuan pembiayaan tidak serupa (contohnya untuk invois-invois yang sama, lindungan insurans/takaful yang sama etc), anda masih boleh memohon pembiayaan daripada Cofundr. Walau bagaimanapun, kelulusan untuk pembiayaan tersebut akan dibuat berdasarkan kes demi kes.

  • For Working Capital / Invoice Financing, the funds raised will be transferred to your entity’s account via online bank transfer upon perfection of all documentation.

  • However, for Premium / Takaful Contribution Financing, Cofundr will directly disburse the funds (upon perfection of documentation) to the insurance company on your behalf, thereafter a receipt will be issued by the insurer to you as proof of payment.

  • Untuk pembiayaan Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah, dana yang diperolehi akan dipindahkan ke akaun fizikal anda melalui pindahan bank atas talian selepas semua dokumen disempurnakan.

  • Walau bagaimanapun, untuk pembiayaan Premium Insurans/SumbanganTakaful, Cofundr akan memindahkan dana secara terus (jika semua dokumentasi sudah lengkap) kepada syarikat insurans/takaful yang berkenaan bagi pihak anda, selanjutnya syarikat insurans akan mengeluarkan resit kepada anda sebagai bukti pembayaran.

If the fundraising target is not met, the fundraising campaign would be cancelled, and in the case of Premium Financing, the unfunded portion of the premiums and any other monies (for e.g. Stamp Duty, Sales & Services Tax, etc.) paid to Cofundr will be refunded to the issuer.

Jika sasaran pengumpulan dana tidak tercapai tahap minimum 80%, kempen pengumpulan dana akan dibatalkan, dan dalam kes pembiayaan premium/sumbangan insurans/takaful, bahagian premium/sumbangan yang tidak dibiayai dan sebarang pembayaran lain (seperti duti setem, cukai jualan dan perkhidmatan, dsb.) yang dibayar kepada Cofundr akan dikembalikan kepada Penerbit.

  • For Insurance Premium And Takaful Contribution financing, all Insurance Policies financed will be automatically assigned to Crowd Sense Sdn Bhd (on behalf of the investors) as collateral for the financing request.

  • For Working Capital and Invoice Financing, a corporate or directors’ guarantee is required when applying for the financing request. However, if additional collateral is provided, the Issuer may be able to appeal to more investors that may consider the investment.

  • Untuk Pembiayaan Premium Insurans dan Sumbangan Takaful, semua polisi insurans/takaful yang dibiayai akan secara automatik diserahkan kepada Crowd Sense Sdn Bhd (Pemegang Amanah bagi pihak Pelabur) sebagai cagaran.

  • Untuk pembiayaan Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah, jaminan korporat atau pengarah diperlukan semasa memohon pembiayaan. Jika cagaran tambahan disediakan, Penerbit mungkin menarik lebih ramai pelabur untuk melabur.

  • For Insurance Premium And Takaful Contribution financing, upon making a financing request, an indicative offer would be immediately provided to you. If you choose to proceed and submit the documentation requested, we will be able to revert to you within 3 working days on the outcome of the financing request.

  • For Working Capital and Invoice Financing, we will be able to revert to you within 3 working days on the status of your financing request upon receipt of the requested documents.

  • Untuk Pembiayaan Sumbangan/Premium Takaful/Insurans, kami akan memberi sebut harga indikatif dengan serta-merta selepas mendapat permohonan pembiayaan. Jika anda memilih untuk meneruskan dan menghantar semua dokumen yang diperlukan, kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari perniagaan tentang status permohonan anda.

  • Untuk Pembiayaan Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah, kami akan memberi maklum balas tentang status permintaan pembiayaan anda dalam masa 3 hari perniagaan selepas menerima semua dokumen yang diminta.

Repayments would be made via bank transfer directly to the Cofundr’s trust account. You are advised to upload the bank deposit slip on the platform as a proof of payment. Please refer to your copy of the Investment Note for payment details.

Bayaran balik/bayaran tertunda akan dibuat terus ke dalam akaun amanah Cofundr melalui pindahan bank atas talian. Anda disyorkan untuk memuat naik slip deposit bank pada platform sebagai bukti pembayaran. Sila rujuk kepada salinan penyata pelaburan anda untuk butiran pembayaran.

  • In the event you are late in your repayment, there will be a late interest charge of 18% p.a. applied on the outstanding amount after 3 days past the due date. This late interest charge will accrue and become due when you regularise your account. Cofundr will advise you on the late interest amount due via the platform.

  • In the event you default on your obligations, Cofundr may consider implementing a debt restructuring plan in order to aid you in fulfilling your repayment obligations (on a case-by-case basis). However, if you continue to default, fail, neglect, delay to pay or pay partially on the subsequent repayment date, Cofundr reserves its right to proceed with its default recovery measures which may include but not limited to engaging a licensed Debt Collection Agency and/or to proceed with legal proceedings to recover the outstanding amount.

  • Nota Pelaburan Konvensional. Jika anda tertunggak dalam bayaran balik, anda akan dicaj faedah tertunggak pada kadar tahunan sebanyak 18% ke atas jumlah tertunggak bermula dari tarikh hai pembayaran sehingga sehari sebelum anda membuat pembayaran. Caj faedah tertunggak ini akan terakru dan perlu dibayar apabila anda menyelaraskan akaun anda. Cofundr akan memaklumkan anda tentang jumlah faedah tertunggak melalui melalui whatsapp, panggilan zoom dll.

  • Nota Pelaburan Patuh Syariah. Jika anda tertunggak dalam membuat bayaran tertunda (Harga Jualan Tertunda) anda mesti bayar Keuntungan Tertunda berdasarkan kadar keuntungan yang telah ditetapkan (1.5%/sebulan setakat 90 hari bagi Pembiayaan Invois Patuh Syariah dan 1.0% sebulan daripada jumlah pokok bagi TCF (bergantung kepada bilangan hari yang lewat dan tidak melebihi 45 hari). Bilangan hari yang tertunggak bermula dari tarikh pembayaran bagi TCF sehingga 45 hari dan dari Tarikh Matang bagi Invois Patuh Syariah hingga ke sehari sebelum bayaran dibuat; setakat 90 hari maksima. Selepas itu Nota dianggap mungkir. Keuntungan Tertunda ini perlu dibayar apabila anda menyelaraskan akaun anda. Cofundr akan memaklumkan anda tentang jumlah Keuntungan Tertunda melalui melalui whatsapp, panggilan zoom dll.

  • Jika anda memungkiri (“default’) kewajipan anda, Cofundr mungkin mempertimbangkan untuk melaksanakan pelan penstrukturan/penjadualan semula untuk membantu anda memenuhi kewajipan pembayaran anda (tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu). Walau bagaimanapun, jika anda terus ingkar, tidak membayar, cuai, bayar balik lewat atau bayar hanya sebahagian bayaran pada tarikh pembayaran berikutnya, Cofundr berhak untuk mengambil tindakan pemulihan mungkir, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada mengupah agensi pemulihan hutang berlesen dan/atau melalui proses undang-undang untuk mendapatkan semula keseluruhan jumlah tertunggak.

In an attempt to recover the defaulted Note, Cofundr may consider implementing a restructuring and rescheduling process for the issuer (on a case-to-case basis). These considerations may include:

  • Payment reprieve up to 60 - 90 days, and/or

  • Extension of the Note tenure

Untuk melaraskan semula bayaran atas nota ingkar, Cofundr boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan prosedur penstrukturan dan penjadualan semula terhadap Penerbit (mengikut mana-mana yang berkenaan). Pertimbangan ini mungkin termasuk.

  • Pembayaran tertunda selama 60-90 hari, dan/atau

  • Lanjutkan tempoh matang

No restructuring charges will be incurred by the Issuers for the implementation of the debt restructuring and rescheduling process. However, any out-of-pocket expenses (such as stamp duty, legal fees etc.) will be applicable and payable to Cofundr.

Sekiranya berlaku kemungkiran pada nota, pelabur tidak akan menanggung sebarang kos untuk melaksanakan proses penstrukturan semula dan penjadualan semula hutang. Di samping itu, sebarang kos yang perlu dikeluarkan (seperti yuran guaman, duti setem, dll.) akan ditanggung oleh Penerbit.

  • For Insurance Premium And Takaful Contribution financing, a Note is classified as defaulted if the Issuer has failed to repay the outstanding amount and any late interest charges accrued after 1 calendar month+15 days from the repayment due date.

  • For Working Capital and Invoice Financing, a Note is classified as defaulted if no repayment of the outstanding amount and the late interest charges accrued has been received from the Issuer after 3 calendar months from the repayment due date.

  • Bagi Pembiayaan Sumbangan/Premium Takaful/Insurans, jika Penerbit gagal membayar balik jumlah tertunggak dan sebarang caj faedah/keuntungan tertunggak selepas 1 bulan kalendar + 15 hari dari tarikh akhir pembayaran balik, nota tersebut diklasifikasikan sebagai mungkir (“default”).

  • Untuk Pembiayaan Modal Kerja dan Invois Patuh Syariah, nota diklasifikasikan sebagai mungkir jika Penerbit tidak membayar balik jumlah tertunggak serta caj faedah tertunggak dalam tempoh 3 bulan (90 hari) kalendar dari tarikh akhir pembayaran balik.

In the unlikely event Cofundr ceases operation, all on-going notes, subscriptions and fund placements will be suspended on the platform. Cofundr will then initiate its ‘Living Will’ plan to appoint a 3rd Party Licensed Collection Agency to manage all outstanding repayments by issuers and ensure all of the funds placed in Cofundr’s trust account will be refunded back to investors.

Sekiranya Cofundr menghentikan operasi, semua nota, langganan dan penempatan dana yang berterusan pada platform akan digantung. Cofundr kemudiannya akan mengaktifkan program kehendak hidup (“living will”)nya, melantik agensi kutipan berlesen pihak ketiga untuk menguruskan semua wang tertunggak daripada Penerbit dan memastikan semua dana yang diletakkan dalam akaun amanah Cofundr akan dikembalikan kepada pelabur.

If an Investor and/or issuer have any issues and/or complaints, they can lodge their complaints via Cofundr’s customer services at customerservice@cofundr.com.my.

Sekiranya Pelabur dan/atau Penerbit mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau aduan, mereka boleh membuat aduan melalui bahagian perkhidmatan pelanggan Cofundr di customerservice@cofundr.com.my.