-
Nota Pelaburan Konvensional. Jika anda tertunggak dalam bayaran balik, anda akan dicaj faedah tertunggak pada kadar tahunan sebanyak 18% ke atas jumlah tertunggak bermula dari tarikh hai pembayaran sehingga sehari sebelum anda membuat pembayaran. Caj faedah tertunggak ini akan terakru dan perlu dibayar apabila anda menyelaraskan akaun anda. Cofundr akan memaklumkan anda tentang jumlah faedah tertunggak melalui melalui whatsapp, panggilan zoom dll.
-
Nota Pelaburan Patuh Syariah. Jika anda tertunggak dalam membuat bayaran tertunda (Harga Jualan Tertunda) anda mesti bayar Keuntungan Tertunda berdasarkan kadar keuntungan yang telah ditetapkan (1.5%/sebulan setakat 90 hari bagi Pembiayaan Invois Patuh Syariah dan 1.0% sebulan daripada jumlah pokok bagi TCF (bergantung kepada bilangan hari yang lewat dan tidak melebihi 45 hari). Bilangan hari yang tertunggak bermula dari tarikh pembayaran bagi TCF sehingga 45 hari dan dari Tarikh Matang bagi Invois Patuh Syariah hingga ke sehari sebelum bayaran dibuat; setakat 90 hari maksima. Selepas itu Nota dianggap mungkir. Keuntungan Tertunda ini perlu dibayar apabila anda menyelaraskan akaun anda. Cofundr akan memaklumkan anda tentang jumlah Keuntungan Tertunda melalui melalui whatsapp, panggilan zoom dll.
-
Jika anda memungkiri (“default’) kewajipan anda, Cofundr mungkin mempertimbangkan untuk melaksanakan pelan penstrukturan/penjadualan semula untuk membantu anda memenuhi kewajipan pembayaran anda (tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu). Walau bagaimanapun, jika anda terus ingkar, tidak membayar, cuai, bayar balik lewat atau bayar hanya sebahagian bayaran pada tarikh pembayaran berikutnya, Cofundr berhak untuk mengambil tindakan pemulihan mungkir, yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada mengupah agensi pemulihan hutang berlesen dan/atau melalui proses undang-undang untuk mendapatkan semula keseluruhan jumlah tertunggak.
Mutually benefitting thousands of businesses and investors that has adapted to P2P Financing.
Overview of P2P Financing Market in Malaysia
109449
Successful Campaigns for Businesses
7.62
Amount Raised from Crowd Investors
12933
Successful Issuers
Up till 30 September 2024, Source: sc.com.my